fbpx

Bengkel STEM Maya

Minggu 1
(5-11 Okt)

Bot Air (Darjah 4)
Kipas Gelang Getah
(Darjah 5)

Minggu 2
(12-18 Okt)

Rumah Hijau (Darjah 4)
Aiskrim (Darjah 5)

Minggu 3
(19-25 Okt)

Telefon Cawan Kertas (Darjah 4)
Jambatan (Darjah 5)

Minggu 4
(26-31 Okt)

Payung Terjun (Darjah 4)
Gunung Berapi Lemon
(Darjah 5)

Semua program sedia ada pada slot masa yang berikut:
10.00pg, 11.30pg, 2.30ptg & 4.00ptg
Anda boleh memilih slot masa kelas ketika pendaftaran

PROGRAM KEBANGSAAN

Instruktor kami akan menyalurkan imaginasi dan pemikiran yang kreatif untuk anak anda melalui pembelajaran kurikulum yang menarik dengan menggunakan bahan harian yang terdapat di rumah.

BOT AIR (Darjah 4)

Dalam projek ini, pelajar akan mendapat pengetahuan yang lebih mendalam mengenai aliran air dan daya graviti. Mereka juga akan menerokai bagaimana untuk memastikan bot air boleh bergerak dengan lebih lancar dengan hanya menggunakan air dan daya graviti.

  • 1 Mangkuk Styrofoam
  • 1 Cawan Styrofoam
  • 1 Pinggan Styrofoam (5 ml)
  • Penyedut minuman bengkok (kecil)
  • Tanah Liat (saiz ibu jari)
  • Pita dua sisi
  • Penebuk Lubang  /  Lidi Satay
  • Tuala
  • Bekas  / Besen
  • Marker Pen

KIPAS GELANG GETAH (Darjah 5)

Kipas merupakan salah satu dari perkakasan elektrik yang sering digunakan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, bagaimana jika tiada sumber elektrik? Melalui projek ini pelajar mengkaji bagaimana tenaga keupayaan membantu untuk menggerakkan kipas kecil dengan menggunakan gelang getah.
  • 1 keping gelung kertas tisu 6cm
  • Kadbod – saiz A5
  • 3 keping sesendal (washer)
  • 2 batang lidi sate
  • 2 utas gelang getah
  • 1 keping templat kipas 3 saiz berbeza
  • 1 keping templat bulatan
  • Gunting
  • Pita Pelekat

RUMAH HIJAU (Darjah 4)

Pelajar akan memahami bagaimana rumah hijau berfungsi dan membina sebuah rumah hijau dengan sendiri. Dalam kelas ini, kita juga akan membincang bagaimana rumah hijau menolong tumbuh-tumbuhan untuk tumbuh di iklim yang berlainan.
  • Cawan atau bekas
  • Tanah (cukup untuk mengisi separuh bekas)
  • Biji benih
  • Pembalut plastik
  • Penyedut minuman
  • ‘Pipe Cleaner’
  • Gunting
  • Pensil atau jarum jahit
  • Pita pelekat

AISKRIM (Darjah 5)

Ketahui dan fikirkan bagaimana untuk menjadikan ais lebih sejuk daripada biasa ketika membuat pencuci mulut yang sedap ini.
  • ¼ cawan Susu
  • ¼ cawan Krim Putar
  • ¼ sudu teh Esen Vanila
  • 1 sudu besar Gula
  • ¼ cawan Garam Kasar
  • 1 Bekas Besar (Kiub Ais)
  • Hiasan – Sprinkles dan Cip Coklat (pilihan)
  • Cawan Penyukat ¼
  • Sudu Penyukat ¼ sudu teh
  • 1 Sudu Besar
  • Sarung Tangan atau Kain Lap
  • Zip beg
  • Beg Plastik (lebih besar daripada beg kecil zip)
  • Bekas atau Mangkuk

TELEFON CAWAN KERTAS (Darjah 4)

Imbas kembali ke masa lalu dan gunakan beberapa teknologi kuno untuk membuat telefon dan belajar mengenai sains bunyi dan getaran. Telefon cawan kertas ringkas berfungsi menghantar getaran bunyi di sepanjang tali yang ditarik tegang

  • 2 cawan kertas
  • 20 kaki tali atau benang
  • 2 klip kertas
  • Gunting
  • Pensil atau jarum jahit
  • Pita pelekat

JAMBATAN (Darjah 5)

Jambatan merupakan satu struktur yang dibina untuk menyeberangi jurang atau rintangan. Jambatan yang dibina haruslah kuat dan stabil supaya ia selamat untuk digunakan. Untuk projek ini, kita akan menyiasat bagaimanakah bentuk sesuatu struktur mempengaruhi kekuatan binaan.

  • Kad indeks
  • Pensel
  • Syiling 20 sen (Atau apa-apa sahaja bahan yang boleh digunakan sebagai beban untuk uji ketahanan jambatan. Contohnya, batu atau kacang hex)
  • Gunting
  • Pita Pelekat
  • Pembaris

PAYUNG TERJUN (Darjah 4)

Dalam projek ini, pelajar akan menyiasat bagaimana ciri reka bentuk payung terjun mempengaruhi payung terjun untuk mendarat.

  • 4 helai Benang / tali yang sama panjang
  • Lembaran plastik (sekurang-kurangnya 30cm x 30cm.
  • Anda boleh menyambung beberapa kepingan plastik sehingga terbentuk kepingan yang lebih besar)
  • 1 Patung kecil atau objek yang boleh dijadikan sebagai ‘penerjun’ anda.
  • Pita Pelekat
  • Gunting
  • Pita Pengukur
  • Jam Randik
  • Pembaris

Nota: 29 Oktober 2020 – Cuti Umum

GUNUNG BERAPI LEMON (Darjah 5)

Lemon bukan sahaja untuk air limau, tetapi boleh digunakan untuk keseronokan. Fahami konsep asas kejuruteraan kimia dengan pelabagi eksperimen yang berwarna dan juga menyeronokkan.
  • 2 Lemon
  • 3 sudu besar Soda Bikarbonat
  • 2 sudu besar Pewarna Makanan
  • 2 Sudu Plastik atau Batang Aiskrim (kecil)
  • 2 sudu besar Sabun Pinggan atau Pencuci Basuh
  • 1 dulang
  • 1 cawan
  • 3 Sudu untuk Pewarna Makanan, Sabun dan Soda Bikarbonat

Nota: 29 Oktober 2020 – Cuti Umum

Technical Setup

We will be running this online class via Zoom, a relatively easy-to-use video conferencing app. We are exercising best practices with respect to security. Rest assured, we are applying best practices in utilising Zoom to ensure security during our class. You can connect to Zoom on your desktop, laptop, tablet or smartphone. If you don’t already have Zoom on your selected device, you can download it here: https://zoom.us/

We will email / whatsapp meeting details a day before the class, and a reminder about 30 minutes before the class, so please do keep an eye out for our messages! Our instructor will be online and ready to assist with set up 30 minutes before the class. Please try to log in to Zoom 5 minutes before the scheduled class time so we can start the class on time, and please allocate at least 60 mins for this activity.

Pendaftaran Bengkel Maya

apabila anda daftar bersama adik-Beradik

Sila daftar untuk bengkel maya dengan melengkapkan borang ini dan membuat pembayaran untuk mendapatkan tempat.